Rabu, 25 Disember 2013
EIIIII ANAK SAPA NI...!
Astaga.................Eiiiiiii anak sapa ni?awat jadi lagu ni.tak usah la buat macam tu,kalau tak suka sekalipun janganlah buat macam tu,kalau awak bukan orang islam,janganlah menghina penganut agama lain,kan semua agama mengajar kita berbuat baik pada semua.kalau awak orang islam kami doakan agar awak akan diberikan petunjuk dan hidayah daripada ALLAH.Terjumpa gambar ni kat Google,tak tau la yang betul atau dah di editkan.saja kongsi untuk jadikan iktibar buat kita semua.tak ada niat untuk mengaibkan sesiapa..
Wasallam.....
KHASIAT BUAH DELIMA
MENGAPA DELIMA?
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”
Kebaikan Amal Delima
- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
- Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
- Menyingkirkan lemak berlebihan
- Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
- Mencegah rasa mual
- Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
- Mencantikkan kulit muka
- Membantu memulihkan pesakit kencing manis
- Berupaya menghapuskan kahak
- Memberi tenaga dan mencegah keletihan
- Mencegah angin ahmar bagi warga emas
- Meningkatkan peredaran darah
- Mencegah dan merawat kanser
- Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
- Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
- Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
- Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
- Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
- Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
- Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
- Membantu mengurangkan batuk dan lelah
- Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
- Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
- Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
- Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous
PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit – merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim – menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse – sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
2. Mencantikkan kulit – merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim – menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse – sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
BORANG PERMOHONAN BR1M 2014
Assalamualaikum............... saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba,untuk muat turun borang BR1M 2014 sila klik sini,atau juga bagi anda yang mahu mengemaskini maklumat anda boleh klik sini....PERHATIAN...Hanya sekali kemaskini sahaja dibenarkan,pastikan anda baca dan semak dengan teliti sebelum hantar kemaskini.kalau silap bukak kali ke2 dah tak boleh dah,kena pi LHDN la.Wasallam
https://ebr1m.hasil.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Rabu, 18 Disember 2013
JALANRAYA DIKONGSI BERSAMA
Assalamualaikum...........Perhatian kepada pemandu kenderaan,yang besar ataupun yang kecil,sila beri perhatian kepada kenderaan yang tidak berenjin ini,mereka mungkin tidak mempunyai cukai jalan ataupun lesen memandu untuk menunggang kenderaan ini,Jalanraya adalah untuk dikongsi bersama,jangan mementingkan diri sendiri.berhati-hati dijalan raya... wasallam
Jumaat, 13 Disember 2013
NYANYIAN SERAMBI (RAMLI SARIP)
Assalamualaikum..kenapa lirik dan kord lagu ni?sekadar berkongsi,kerana lagu ni bagi
saya enak untuk didengar dan ianya juga membawa mesej yang baik.
A
Keluar pagi balik petang
A
Adakala sampai malam
A
Cari rezeki bawa pulang
A
Buat ibu/isteri yang tersayang
Bm E A
Ooo bersabarlah
A
Wajahmu dimana mana
A
Senyum kasih mesra kasih
A
Cinta murni kan bersemi
A
Bersama ketulusan budi
Bm E A
Ooo bersemilah
D A
Lama kucari rahsia kasih
D A
Rindu kasih untuk berkasih
Bm F#m
Senang senang duduk di serambi
Bm F#m
Senandung lagu puisi
D E
Zikir zaman nyanyian zaman
D A
Andai kasturi hilang harum
Bm
Mawar tak berkuntum
E A
Cinta tak bersambung
D A
Biar emas setinggi gunung
Bm
Kan ku peluk rimbun ampun
E A
Rahmat yang Maha Agung
Ulang rangkap 1
HARIMAU MUDA BENAM LAOS 4-1
Harimau muda menewaskan Laos 4-1 di dalam perlawanan kedua sukan SEA Myanmar.Harimau Muda mempamerkan permainan yang cukup menarik.Hazwan Bakri menjadi wira Malaysia apabila mencipta hatrik.manakala gol keempat Malaysia diperolehi hasil jaringan sendiri pemain Laos Ketsana Sotsabat,manakala gol saguhati Laos pula diperolehi hasil jaringan sendiri pemain Malaysia K.Rauben.Apapun tahniah Harimau Muda.
Khamis, 12 Disember 2013
SKUAD BOLASEPAK WANITA NEGARA ATASI LAOS 3-1
Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen dengan langkah kanan dalam saingan kumpulan B selepas mengatasi Laos 3-1 pada temasya Sukan SEA Myanmar hari ini.
Pada perlawanan pembukaan di Stadium Mandalar, skuad bimbingan jurulatih Jacob Joseph itu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Shihaya Ajad.
Tujuh minit kemudian, kapten pasukan Angela Kais menambah jaringan untuk skuad kebangsaan.
Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan terus mempamer aksi bertenaga dengan jaringan ketiga oleh Angela pada minit ke-68 sekali gus memberi kedudukan selesa buat pasukan negara.
Laos memperoleh gol tunggal menerusi pemain mereka, Noum Angmangsongs, pada minit ke-73.
Malaysia disenarai dalam kumpulan B bersama Thailand dan Laos manakala kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Myanmar dan Filipina.Tahniah..
Ahad, 8 Disember 2013
GULAI RIYAS PISANG
Gulai yang siap untuk dimakan
Assalamualaikum.......Hari ni makan kenduri gulai batang pisang(umbut pisang,riyas pisang),kalau di daerah Baling Kedah inilah menu utama kalau kenduri kahwin,dsamping menu2 lain antaranya ialah acar limau,kerabu pucuk paku dan lain2.Jika dok di luar kedah mungkin belum biasa merasainya,macam juga saya,sejak beberapa tahun ni je baru merasainya.la ni kalau ada kenduri sekitar sini gulai ini lah yang saya cari dulu.
Riyas pisang yang telah dibuang kulitnya,antara jenis pokok pisang yang selalu digunakan adalah,pisang kebatu,pisang hutan,mungkin ada jenis yang lain tapi tak pasti jenisnya.
Riyas pisang yang telah dipotong halus dan siap untuk dimasak gulai.
TEMBIKAI & KHASIATNYA
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada
kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan
gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang
belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW
.Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana
ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat
dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.
Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.
Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta
keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan
menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang
berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus
tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran
darah.
Sumber;Ini Jalan Kami,30 jun 2013
KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG
Assalamualaikum...masa cuti sekolah ni mungkin ada yang nak bercuti,jadi kalau ada yang datang ke negeri Kedah,saya syorkan anda ke kolam air panas Ulu Legong,Baling,Kedah.
Bayaran masuk;Dewasa;RM6.00
Kanak-kanak 3 hingga 12 thn;RM3.00
Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan perkampungan orang asli.
Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.
Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.
Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.
Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.
Kolam utama;suhu49c.P.H8.4
Ada juga
yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai
jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan
sulfur yang tinggi ini.
Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah,ruang parkir yang luas,kedai-kedai,surau,tandas awam,taman permainan dan persekitaran yang bersih dan nyaman.
Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah,ruang parkir yang luas,kedai-kedai,surau,tandas awam,taman permainan dan persekitaran yang bersih dan nyaman.
Kolam untuk muslimah(tertutup)
Tempat penginapan juga ada disediakan dengan harga berpatutan
Pemandangannya cukup indah dan nyaman.
Bersama keluarga ketika berkunjung ke sana baru2 ini
Rabu, 4 Disember 2013
SELSEMA & BAWANG PUTIH
Jika sering mendapat selsema ketika cuaca sejuk,cubalah merawatnya dengan bawang putih-tak kisahlah samada bawang mentah,yang dikisar atau jusnya.Bawang putih (terutamanya yang mentah) merupakan kaedah yang murah dan mudah untuk menghilangkan tanda2 flu dan selsema.
Walaupun tiada bukti kukuh untuk membuktikannya,namun terdapat satu kajian terkini yang menunjukkan hasil yang positif.
Seramai 146 orang dipilih untuk mengambil sama ada suplemen bawang putih atau plasebo (penawar) sebiji sehari selama 12 minggu.Ujikaji itu melaporkan 65 kejadian selsema biasa dalam kumpulan plasebo berbanding hanya 24 dalam kumpulan yang mengambil suplemen.
Bilangan hari mereka tidak sihat juga berkurang dalam kumpulan yang mengambil bawang putih,yang selsemanya berlanjutan sehingga 1.52 hari sementara kumpulan plasebo berlarutan sehingga 5.01 hari.
Penurunan juga diperhatikan dalam bilangan hari untuk pulih dalam kumpulan yang mengambil suplemen bawang putih-4.6 hari berbanding 5.63 hari.Terdapat juga beberapa kesan sampingan ringan seperti ruam kulit dan bau yang kurang enak.
Memanglah rawatan menggunakan bawang putih tidak dapat dipastikan keberkesanannya,tetapi tidak salah untuk kita mencubanya.
.
Rujukan: Lissiman E,Bhasale AL,Cohen M. Garlic for the common cold.Cochrane Database of Systematic reviews 2009,Issue 3.
Sumber Berita;Utusan Pengguna mei-jun 2012. Selasa, 3 Disember 2013
TIPS JIMATKAN BAJET KENDURI KAHWIN
Assalamualaikum.....musim cuti ni mungkin banyak pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan,disini ada beberapa tips agar bajet kenduri tidak membazir,
1-Buat majlis yang sederhana tetapi meriah.
2-Kalau buat kt kampung atau taman,lakukan secara gotong-royong,jangan nafikan persatuan atau pakatan setempat.
3-Sediakan menu yang sederhana,tidak perlu sediakan menu yang banyak kerana pengunjung selalunya sudah pergi kenduri tempat lain.
4-Jangan terburu-buru membeli persiapan dalam waktu yang singkat,seeloknya merancang terlebih dahulu supaya tidak terbeli benda-benda yang tidak perlu.
5-Pilih pakej perkahwinan yang sederhana jika di tempat anda tidak terdapat pakatan atau gotong-royong penduduk.
6-Jangan terpengaruh dengan kenduri perkahwinan selebriti/artis,ingatlah kita kenduri hanyalah untuk mewarwarkan perkahwinan kita,bukan untuk bermegah.
7-Lakukan majlis serentak seperti bertunang,akad nikah dan hantaran supaya tidak melakukan benda yang hampir sama berkali2.
8-Elakkan daripada melakukan perkara2 yang khurafat dan bidaah walaupun ianya beradat.
9-jangan tempah kad kahwin yang mahal2 sebaliknya belilah yang berpatutan,kerana tiada pun orang yang simpan kad kahwin sebagai koleksi,banyak yang di buang je.
10-Pilih pakej pengambaran yang berkualiti tetapi murah ataupun suruh je ahli keluarga yang ambil gambar2 tu.
11-Cenderahati yang diberikan kepada tetamu selalunya di isi ke dalam beg kertas atau plastik,seeloknya carilah bahan2 yang berkos rendah,kerana selalunya bila habis kenduri,kita lihat beg2 dan plastik akan bersepah2.sayang rasanya.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri,terpulang kepada kemampuan masing2,Tepuk Dada Tanya Selera.jangan sampai berhutang kerana inginkan perkahwinan yang hebat yang bukan kemampuan kita sebenarnya.wallahhualam.
Sabtu, 30 November 2013
Jumaat, 29 November 2013
AKU DAN KOMPUTERKU
Assalamualaikum....inilah jenis komputer yg saya gunakan,dgn komputer ni lah saya mula tau gunakannya,sebelum ni buta komputer,buta IT.Beli yang terpakai 5thn lepas,alhamdulillah sampai la ni masih elok lagi,cuma slow sikit la,tapi ok la,dari tiada.terlalu banyak jasanya pada saya,rasanya hayat dia boleh tahan lama lagi ni.terima kasih komputerku.wasallam.
Rabu, 27 November 2013
13 MUKA BARU PERKUAT TRW 2014
PENYERANG
prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar dan pemenang kasut emas 2012,
Francis Forkey Doe sah beraksi bersama The Red Warriors (TRW) dalam
mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.
Turut
memperkuat barisan Juara Treble 2012 ialah bekas pemain Middlesbrough
dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky serta bekas pemain Kedah dan
Felda United, Amar Rohaidan.
Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata,
pemilihan semula Ghaddar berdasarkan keupayaannya menjaringkan gol
ketika bersama Kelantan sebelum ini.
“Sebenarnya
Kafa mendapat banyak pandangan mengenai pemilihan pemain import musim
2014, kita hargai namun kita perlu memilih seorang pemain yang boleh
menjaringkan gol kerana dalam perlawanan walaupun kita menguasai
permainan dan gagal menjaringkan gol ia tidak menjamin kemenangan buat
pasukan.
“Meledak 21 gol ketika
bersama Kelantan sebelum ini membuktikan Ghaddar pilihan tepat selain
corak permainannya sudah serasi dengan rakan sepasukan,” katanya pada
majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan 2014, di ibu negara,
semalam.
Mengenai Forkey Doe, Annuar
percaya gandingannya bersama Ghaddar mampu memastikan gawang pasukan
lawan dibocori setiap kali mereka beraksi.
“Forkey
Doe membuktikan kewibawaannya selaku pemilik kasut emas 2012 dan
gandingannya bersama Ghaddar pastinya memberi ancaman kepada pertahanan
lawan. “Forkey Doe, Ghaddar dan Shawky pernah bermain di satu kelab
terkenal di Timur Tengah, Al Ahly. Kita tunggu mereka beraksi yang
pastinya akan menghangatkan saingan musim depan,” katanya.
Pada
majlis sama Kafa turut memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya,
Brendan Gan, Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti, Tengku Hasbullah Raja
Hassan, Wan Zaharul Nizam dan Nazri Ahmad. Annuar berkata, secara
keseluruhannya 18 pemain TRW 2013 berhijrah ke pasukan lain.
“Kita
akui ramai pemain tonggak utama berhijrah. Namun semua itu satu cabaran
buat Kafa untuk meneruskan kecemerlangan walaupun diakui skuad kali ini
dibarisi pemain muda.
“Kafa adalah
gedung melahirkan bintang, ambil pemain yang tiada nama sehinggalah
dibentuk menjadi seorang bermain berkualiti, semua orang tahu perkara
ini dan kita seharusnya berbangga dengan apa yang dilakukan,” katanya.
sumber berita- www.sinarharian.com.my
KAMERA TERSEMBUNYI DIBILIK MANDI HOTEL,HATI2
Berhati-hati
apabila anda menginap di hotel, kerana pada zaman serba canggih ini
pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti
anda.
Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.
Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.
Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu.
Jangan biarkan diri anda menjadi terkenal di dalam laman web lucah.jadi berhati-hatilah selalu.
sumber.zamzarinazambri.blogspot
Rabu, 20 November 2013
KURMA DAN KHASIATNYA
Assalamualaikum.....Buah kurma mempunyai zat besi yang tinggi dan ianya sangat diperlukan oleh tubuh kecuali pada pesakit buah pinggang.Memberi buah kurma pada pesakit buah pinggang akan menjadi penyakit semakin parah.Wanita lepas bersalin elok memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kekurangan darah.Pesakit talasemia juga tidak dicadangkan memakan buah kurma kerana penyakit itu juga disebabkan lebihan zat besi.Bagi ibu-ibu yang mengandung juga elok mengamalkan memakan kurma supaya memudahkan proses kelahiran.
Pernah anda mendengar istilah Asidosis?keadaan dimana didalam tubuh terlalu berasid.kurma adalah satunya buah yang bersifat alkali dan dapat membersihkan tubuh daripada asid yang berlebihan.
Bagi orang sehat,kurangkan nasi dan gantikan kurma dalam diet harian terbukti meningkatkan tenaga,jangan lupa makan 7biji kurma sehari,mudah-mudahan terhindar dari serangan jantung...insyaallah,,,Wasallam.
Isnin, 18 November 2013
PERNAFASAN & STRESS
Assalamualaikum...Bermulanya kehidupan dengan pernafasan dan berakhirnya kehidupan juga dengan pernafasan.Belajar bernafas dalam-dalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan seperti orang yang melepaskan asap rokok akan membantu tubuh yang kurang oksigen.Apabila oksigen kurang,tubuh akan mengalami ketegangan yang mengakibatkan STRESS.
Ini kerana orang yang stress akan lebih parah kerana mereka lebih cenderung untuk bernafas pendek-pendek.tekanan demi tekanan menjadikan hidup tidak ceria dan gembira seperti di zaman kanak-kanak dahulu.
Percayakah anda bahawa masalah itu hanya berada pada hujung nafas anda jika anda berlatih untuk bernafas panjang-panjang,semua masalah akan dilarutkan dalam hormon gembira setiap masa.berenang juga boleh memanjangkan nafas anda,sesekali pergilah berenang di sungai atau di laut...insyaallah.Wasallam.
PRODUK HERBA KELUARAN HPA
PRODUK KELUARAN HPA
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun temurun lagi, pemakanan herba telah menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan. hidup sihat beasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersial. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries sdn bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA
- Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
- Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. - Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Menggunakan 100% herba.
- Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
- Tidak mengandungi Steroid.
- Melepasi ujian had kandungan logam berat.
- Melepasi ujian had Mikrob.
- Melepasi ujian had kecairan.
- Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
- Gunakan tanpa was-was.
PRODUK HERBA HPA |
Radix Kopi Pracampuran | Radix Koko | Radix Diet | Teh Herba |
Set Bersalin | Minyak But-But |
PRODUK KEGUNAAN HARIAN HPA |
Cecair Pencuci Pakaian | Bedak Talkum Wanita (MBK) | Minyak Zaitun | Madu Asli |
Ubat Gigi Herba | Sabun Bayi | Syampu Rossa |
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”
Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
Langgan:
Catatan (Atom)