Halaman

Ahad, 8 Disember 2013

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG



 Assalamualaikum...masa cuti sekolah ni mungkin ada yang nak bercuti,jadi kalau ada yang datang ke negeri Kedah,saya syorkan anda ke kolam air panas Ulu Legong,Baling,Kedah.
 

                                                      Bayaran masuk;Dewasa;RM6.00
                                                    Kanak-kanak 3 hingga 12 thn;RM3.00
Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan perkampungan orang asli.
Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.
Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari. 

                                                      Kolam utama;suhu49c.P.H8.4

 Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.
Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah,ruang parkir yang luas,kedai-kedai,surau,tandas awam,taman permainan dan persekitaran yang bersih dan nyaman.




                                                      Taman permainan juga disediakan


                                                         Kolam untuk muslimah(tertutup)


Tempat penginapan juga ada disediakan dengan harga berpatutan


Pemandangannya cukup indah dan nyaman.  

Bersama keluarga ketika berkunjung ke sana baru2 ini 

http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...