Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

TIPS JIMATKAN BAJET KENDURI KAHWIN



Assalamualaikum.....musim cuti ni mungkin banyak pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan,disini ada beberapa tips agar bajet kenduri tidak membazir,
1-Buat majlis yang sederhana tetapi meriah.
2-Kalau buat kt kampung atau taman,lakukan secara gotong-royong,jangan nafikan persatuan atau pakatan setempat.
3-Sediakan menu yang sederhana,tidak perlu sediakan menu yang banyak kerana pengunjung selalunya sudah pergi kenduri tempat lain.
4-Jangan terburu-buru membeli persiapan dalam waktu yang singkat,seeloknya merancang terlebih dahulu supaya tidak terbeli benda-benda yang tidak perlu.
5-Pilih pakej perkahwinan yang sederhana jika di tempat anda tidak terdapat pakatan atau gotong-royong penduduk.
6-Jangan terpengaruh dengan kenduri perkahwinan selebriti/artis,ingatlah kita kenduri hanyalah untuk mewarwarkan perkahwinan kita,bukan untuk bermegah.
7-Lakukan majlis serentak seperti bertunang,akad nikah dan hantaran supaya tidak melakukan benda yang hampir sama berkali2.
8-Elakkan daripada melakukan perkara2 yang khurafat dan bidaah walaupun ianya beradat.
9-jangan tempah kad kahwin yang mahal2 sebaliknya belilah yang berpatutan,kerana tiada pun orang yang simpan kad kahwin sebagai koleksi,banyak yang di buang je.
10-Pilih pakej pengambaran yang berkualiti tetapi murah ataupun suruh je ahli keluarga yang ambil gambar2 tu.
11-Cenderahati yang diberikan kepada tetamu selalunya di isi ke dalam beg kertas atau plastik,seeloknya carilah bahan2 yang berkos rendah,kerana selalunya bila habis kenduri,kita lihat beg2 dan plastik akan bersepah2.sayang rasanya.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri,terpulang kepada kemampuan masing2,Tepuk Dada Tanya Selera.jangan sampai berhutang kerana inginkan perkahwinan yang hebat yang bukan kemampuan kita sebenarnya.wallahhualam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...