Assalamualaikum......Musim kemarau melanda seluruh Negara sekarang,jangan terlalu terdedah kepada panas,banyak kan minum air kosong,jangan membazir air dan jangan lupa melakukan Solat hajat mohoh di turunkan hujan,kerana setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya,yang utama jangan merungut,
Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki
medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan
kembali ion berguna(ion negative) agar mewjudkan persekitaran selesa
pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian
sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit
pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik
tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam
hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi
sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama
dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan
,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.
Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak
kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan
itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi
alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang
berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas
mandi hujan. Wasallam..
SUMBER-perubatan jawi
SUMBER-perubatan jawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan