Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

SKUAD BOLASEPAK WANITA NEGARA ATASI LAOS 3-1





Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen dengan langkah kanan dalam saingan kumpulan B selepas mengatasi Laos 3-1 pada temasya Sukan SEA Myanmar hari ini.
Pada perlawanan pembukaan di Stadium Mandalar, skuad bimbingan jurulatih Jacob Joseph itu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Shihaya Ajad.
Tujuh minit kemudian, kapten pasukan Angela Kais menambah jaringan untuk skuad kebangsaan.
Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan terus mempamer aksi bertenaga dengan jaringan ketiga oleh Angela pada minit ke-68 sekali gus memberi kedudukan selesa buat pasukan negara.
Laos memperoleh gol tunggal menerusi pemain mereka, Noum Angmangsongs, pada minit ke-73.
Malaysia disenarai dalam kumpulan B bersama Thailand dan Laos manakala kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Myanmar dan Filipina.Tahniah..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...