Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

SELSEMA & BAWANG PUTIH


Jika sering mendapat selsema ketika cuaca sejuk,cubalah merawatnya dengan bawang putih-tak kisahlah samada bawang mentah,yang dikisar atau jusnya.Bawang putih (terutamanya yang mentah) merupakan kaedah yang murah dan mudah untuk menghilangkan tanda2 flu dan selsema.
Walaupun tiada bukti kukuh untuk membuktikannya,namun terdapat satu kajian terkini yang menunjukkan hasil yang positif.
Seramai 146 orang dipilih untuk mengambil sama ada suplemen bawang putih atau plasebo (penawar) sebiji sehari selama 12 minggu.Ujikaji itu melaporkan 65 kejadian selsema biasa dalam kumpulan plasebo berbanding hanya 24 dalam kumpulan yang mengambil suplemen.
Bilangan hari mereka tidak sihat juga berkurang dalam kumpulan yang mengambil bawang putih,yang selsemanya berlanjutan sehingga 1.52 hari sementara kumpulan plasebo berlarutan sehingga 5.01 hari.
Penurunan juga diperhatikan dalam bilangan hari untuk pulih dalam kumpulan yang mengambil suplemen bawang putih-4.6 hari berbanding 5.63 hari.Terdapat juga beberapa kesan sampingan ringan seperti ruam kulit dan bau yang kurang enak.
Memanglah rawatan menggunakan bawang putih tidak dapat dipastikan keberkesanannya,tetapi tidak salah untuk kita mencubanya.
.
Rujukan: Lissiman E,Bhasale AL,Cohen M. Garlic for the common cold.Cochrane Database of Systematic reviews 2009,Issue 3.
Sumber Berita;Utusan Pengguna mei-jun 2012.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...