Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

ADAB QADA HAJAT(ISTINJA)



Assalamualaikum.....Semua orang muagkin dah mengetahui apa yang ditulis kali ni,ini adalah perkongsian informasi,sekadar peringatan kepada diri saya dan semua,sekadar mengingati....

 Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

 1.   Cara yang haram.
 2.   Cara yang makruh.
 3.   Cara yang sunat.
Cara Qada Hajat yang diharamkan.
1.   Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran,hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.
2.   Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang.Jikalau tempat yang berdinding di bolehkan. 
3.   Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.
4.   Qada hajat di atas kubur.
5.   Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.
6.   Membuang air di atas kitab-kitab agama .
7.   Membuang air di atas makanan.
8.   Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.
1.   Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.
2.   Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam  keadaan darurat.
3.   Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.
4.   Membuang air di bawah pokok buah-buahan
5.   Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.
6.   Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.
7.   Mempercepatkan Qada hajat(jangan lama-lama di dalam tandas)
8.   Jangan meludah didalam tandas(mendatangkan penyakit was-was) 
 
Cara Qada Hajat Yang disunatkan.
1.   Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik  batu.
2.   Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.
3.   Ketika hendak masuk, baca doa ini:
  Ertinya :  "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina."
4.   Memakai alas kaki seperti selipar dan terompah ketika masuk tandas.
5.   Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.
6.   Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.
7.   Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.
8.   Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.
  Ertinya:  "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku."

      Wasallam...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...