Halaman

Rabu, 25 Disember 2013

EIIIII ANAK SAPA NI...!

                                                 
Astaga.................Eiiiiiii anak sapa ni?awat jadi lagu ni.tak usah la buat macam tu,kalau tak suka sekalipun janganlah buat macam tu,kalau awak bukan orang islam,janganlah menghina penganut agama lain,kan semua agama mengajar kita berbuat baik pada semua.kalau awak orang islam kami doakan agar awak akan diberikan petunjuk dan hidayah daripada ALLAH.Terjumpa gambar ni kat Google,tak tau la yang betul atau dah di editkan.saja kongsi untuk jadikan iktibar buat kita semua.tak ada niat untuk mengaibkan sesiapa..
Wasallam.....

KHASIAT BUAH DELIMA


MENGAPA DELIMA?

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”


Kebaikan Amal Delima
    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous
PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit – merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim – menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse – sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

BORANG PERMOHONAN BR1M 2014

Assalamualaikum............... saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba,untuk muat turun borang BR1M 2014 sila klik sini,atau juga bagi anda yang mahu mengemaskini maklumat anda boleh klik sini....PERHATIAN...Hanya sekali kemaskini sahaja dibenarkan,pastikan anda baca dan semak dengan teliti sebelum hantar kemaskini.kalau silap bukak kali ke2 dah tak boleh dah,kena pi LHDN la.Wasallam 


https://ebr1m.hasil.gov.my/

Rabu, 18 Disember 2013

JALANRAYA DIKONGSI BERSAMA


Assalamualaikum...........Perhatian kepada pemandu kenderaan,yang besar ataupun yang kecil,sila beri perhatian kepada kenderaan yang tidak berenjin ini,mereka mungkin tidak mempunyai cukai jalan ataupun lesen memandu untuk menunggang kenderaan ini,Jalanraya adalah untuk dikongsi bersama,jangan mementingkan diri sendiri.berhati-hati dijalan raya... wasallam

Jumaat, 13 Disember 2013

NYANYIAN SERAMBI (RAMLI SARIP)

      Assalamualaikum..kenapa lirik dan kord lagu ni?sekadar berkongsi,kerana lagu ni bagi
saya enak untuk didengar dan ianya juga membawa mesej yang baik.
 
                                               A   
                                                Keluar pagi balik petang
                                               A
                                                Adakala sampai malam
                                               A
                                                Cari rezeki bawa pulang
                                               A
                                                Buat ibu/isteri yang tersayang
                                               Bm  E         A
                                                Ooo   bersabarlah

                                               A
                                                Wajahmu dimana mana
                                               A
                                                Senyum kasih mesra kasih
                                               A
                                                Cinta murni kan bersemi
                                               A
                                                Bersama ketulusan budi
                                               Bm  E        A 
                                                Ooo   bersemilah
   
                                               D                       A
                                                Lama kucari rahsia kasih
                                               D                       A
                                                Rindu kasih untuk berkasih
                                               Bm                       F#m
                                                Senang senang duduk di serambi
                                               Bm               F#m
                                                Senandung lagu puisi
                                               D                       E
                                                Zikir zaman nyanyian zaman


                                               D                    A   
                                               Andai kasturi hilang harum
                                              Bm
                                               Mawar tak berkuntum
                                              E               A
                                              Cinta tak bersambung


                                             D                  A
                                              Biar emas setinggi gunung
                                            Bm
                                              Kan ku peluk rimbun ampun
                                            E                 A
                                              Rahmat yang Maha Agung
 
                                                     Ulang rangkap 1

HARIMAU MUDA BENAM LAOS 4-1


Harimau muda menewaskan Laos 4-1 di dalam perlawanan kedua sukan SEA Myanmar.Harimau Muda mempamerkan permainan yang cukup menarik.Hazwan Bakri menjadi wira Malaysia apabila mencipta hatrik.manakala gol keempat Malaysia diperolehi hasil jaringan sendiri pemain Laos Ketsana Sotsabat,manakala gol saguhati Laos pula diperolehi hasil jaringan sendiri pemain Malaysia K.Rauben.Apapun tahniah Harimau Muda.

Khamis, 12 Disember 2013

SKUAD BOLASEPAK WANITA NEGARA ATASI LAOS 3-1





Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen dengan langkah kanan dalam saingan kumpulan B selepas mengatasi Laos 3-1 pada temasya Sukan SEA Myanmar hari ini.
Pada perlawanan pembukaan di Stadium Mandalar, skuad bimbingan jurulatih Jacob Joseph itu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Shihaya Ajad.
Tujuh minit kemudian, kapten pasukan Angela Kais menambah jaringan untuk skuad kebangsaan.
Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan terus mempamer aksi bertenaga dengan jaringan ketiga oleh Angela pada minit ke-68 sekali gus memberi kedudukan selesa buat pasukan negara.
Laos memperoleh gol tunggal menerusi pemain mereka, Noum Angmangsongs, pada minit ke-73.
Malaysia disenarai dalam kumpulan B bersama Thailand dan Laos manakala kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Myanmar dan Filipina.Tahniah..

Ahad, 8 Disember 2013

GULAI RIYAS PISANG


                                                
                                                        Gulai yang siap untuk dimakan

 Assalamualaikum.......Hari ni makan kenduri gulai batang pisang(umbut pisang,riyas pisang),kalau di daerah Baling Kedah inilah menu utama kalau kenduri kahwin,dsamping menu2 lain antaranya ialah acar limau,kerabu pucuk paku dan lain2.Jika dok di luar kedah mungkin belum biasa merasainya,macam juga saya,sejak beberapa tahun ni je baru merasainya.la ni kalau ada kenduri sekitar sini gulai ini lah yang saya cari dulu.    
                                             
     


Riyas pisang yang telah dibuang kulitnya,antara jenis pokok pisang yang selalu digunakan adalah,pisang kebatu,pisang hutan,mungkin ada jenis yang lain tapi tak pasti jenisnya.                                       


  








   Riyas pisang yang telah dipotong halus dan siap untuk dimasak  gulai.                             








 
                                                                            Acar Limau

                                                         

TEMBIKAI & KHASIATNYA




 
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Sumber;Ini Jalan Kami,30 jun 2013

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG



 Assalamualaikum...masa cuti sekolah ni mungkin ada yang nak bercuti,jadi kalau ada yang datang ke negeri Kedah,saya syorkan anda ke kolam air panas Ulu Legong,Baling,Kedah.
 

                                                      Bayaran masuk;Dewasa;RM6.00
                                                    Kanak-kanak 3 hingga 12 thn;RM3.00
Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan perkampungan orang asli.
Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.
Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari. 

                                                      Kolam utama;suhu49c.P.H8.4

 Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.
Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah,ruang parkir yang luas,kedai-kedai,surau,tandas awam,taman permainan dan persekitaran yang bersih dan nyaman.




                                                      Taman permainan juga disediakan


                                                         Kolam untuk muslimah(tertutup)


Tempat penginapan juga ada disediakan dengan harga berpatutan


Pemandangannya cukup indah dan nyaman.  

Bersama keluarga ketika berkunjung ke sana baru2 ini 

http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar

Rabu, 4 Disember 2013

SELSEMA & BAWANG PUTIH


Jika sering mendapat selsema ketika cuaca sejuk,cubalah merawatnya dengan bawang putih-tak kisahlah samada bawang mentah,yang dikisar atau jusnya.Bawang putih (terutamanya yang mentah) merupakan kaedah yang murah dan mudah untuk menghilangkan tanda2 flu dan selsema.
Walaupun tiada bukti kukuh untuk membuktikannya,namun terdapat satu kajian terkini yang menunjukkan hasil yang positif.
Seramai 146 orang dipilih untuk mengambil sama ada suplemen bawang putih atau plasebo (penawar) sebiji sehari selama 12 minggu.Ujikaji itu melaporkan 65 kejadian selsema biasa dalam kumpulan plasebo berbanding hanya 24 dalam kumpulan yang mengambil suplemen.
Bilangan hari mereka tidak sihat juga berkurang dalam kumpulan yang mengambil bawang putih,yang selsemanya berlanjutan sehingga 1.52 hari sementara kumpulan plasebo berlarutan sehingga 5.01 hari.
Penurunan juga diperhatikan dalam bilangan hari untuk pulih dalam kumpulan yang mengambil suplemen bawang putih-4.6 hari berbanding 5.63 hari.Terdapat juga beberapa kesan sampingan ringan seperti ruam kulit dan bau yang kurang enak.
Memanglah rawatan menggunakan bawang putih tidak dapat dipastikan keberkesanannya,tetapi tidak salah untuk kita mencubanya.
.
Rujukan: Lissiman E,Bhasale AL,Cohen M. Garlic for the common cold.Cochrane Database of Systematic reviews 2009,Issue 3.
Sumber Berita;Utusan Pengguna mei-jun 2012.

Selasa, 3 Disember 2013

TIPS JIMATKAN BAJET KENDURI KAHWIN



Assalamualaikum.....musim cuti ni mungkin banyak pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan,disini ada beberapa tips agar bajet kenduri tidak membazir,
1-Buat majlis yang sederhana tetapi meriah.
2-Kalau buat kt kampung atau taman,lakukan secara gotong-royong,jangan nafikan persatuan atau pakatan setempat.
3-Sediakan menu yang sederhana,tidak perlu sediakan menu yang banyak kerana pengunjung selalunya sudah pergi kenduri tempat lain.
4-Jangan terburu-buru membeli persiapan dalam waktu yang singkat,seeloknya merancang terlebih dahulu supaya tidak terbeli benda-benda yang tidak perlu.
5-Pilih pakej perkahwinan yang sederhana jika di tempat anda tidak terdapat pakatan atau gotong-royong penduduk.
6-Jangan terpengaruh dengan kenduri perkahwinan selebriti/artis,ingatlah kita kenduri hanyalah untuk mewarwarkan perkahwinan kita,bukan untuk bermegah.
7-Lakukan majlis serentak seperti bertunang,akad nikah dan hantaran supaya tidak melakukan benda yang hampir sama berkali2.
8-Elakkan daripada melakukan perkara2 yang khurafat dan bidaah walaupun ianya beradat.
9-jangan tempah kad kahwin yang mahal2 sebaliknya belilah yang berpatutan,kerana tiada pun orang yang simpan kad kahwin sebagai koleksi,banyak yang di buang je.
10-Pilih pakej pengambaran yang berkualiti tetapi murah ataupun suruh je ahli keluarga yang ambil gambar2 tu.
11-Cenderahati yang diberikan kepada tetamu selalunya di isi ke dalam beg kertas atau plastik,seeloknya carilah bahan2 yang berkos rendah,kerana selalunya bila habis kenduri,kita lihat beg2 dan plastik akan bersepah2.sayang rasanya.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri,terpulang kepada kemampuan masing2,Tepuk Dada Tanya Selera.jangan sampai berhutang kerana inginkan perkahwinan yang hebat yang bukan kemampuan kita sebenarnya.wallahhualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...