Halaman

Khamis, 6 Februari 2014

BAHAN KIMIA PADA PAKAIAN





BILAKAH BAHAN KIMIA DIGUNAKAN PADA PAKAIAN?

Bahan kimia berbahaya mungkin digunakan pada semua peringkat antara ladang dan pakaian termasuk memproses serat, menenun benang, mewarna benang, menghasilkan kain, mewarna pakaian dan cetakan skrin.

KENAPA BAHAN KIMIA DIGUNAKAN?

Fabrik buatan manusia adalah kompleks. Untuk menghasilkan pakaian yang boleh dipasarkan dengan fungsi dan kualiti menarik daripada bahan mentah memerlukan beberapa langkah menggunakan bahan kimia.
i. Bahan kimia digunakan untuk membuang serat yang sesuai untuk memintal dan menenun.
ii. Produk formaldehid sering digunakan untuk mencegah kacutan. Produk ini digunakan dengan haba supaya kekal berada dalam serat.
iii. Pewarna petrokimia digunakan untuk warna.
iv. Bahan kimia ditambah untuk menjadikan pakaian lembut, tidak berkedut, mencegah daripada terbakar, mencegah kulapuk dan kotoran.

(Utusan Pengguna Jan-Feb 2012)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...