Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

TABUNG KEMANUSIAAN SKMM




Assalamualaikum.......
SKMM telah melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,jadi bagi yang pemurah sudilah menderma,caranya mudah sahaja,hanya sms sahaja.semuga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir.
semuga bermanfaat....... 
Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.

Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.


Sila layari : http://sms13999.skmm.gov.my/ untuk mengetahui bilangan terkini jumlah tabung bantuan Mangsa Banjir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...