Halaman

Sabtu, 30 November 2013

KERATAN AKHBAR

 

 Sinar Harian 19 november 2013






Jumaat, 29 November 2013

AKU DAN KOMPUTERKU

Assalamualaikum....inilah jenis komputer yg saya gunakan,dgn komputer ni lah saya mula tau gunakannya,sebelum ni buta komputer,buta IT.Beli yang terpakai 5thn lepas,alhamdulillah sampai la ni masih elok lagi,cuma slow sikit la,tapi ok la,dari tiada.terlalu banyak jasanya pada saya,rasanya hayat dia boleh tahan lama lagi ni.terima kasih komputerku.wasallam.

Rabu, 27 November 2013

13 MUKA BARU PERKUAT TRW 2014

Ghaddar (dua, kanan) bersama sebahagian pemain baru TRW yang bakal memperkuat pasukan.


PENYERANG prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar dan pemenang kasut emas 2012, Francis Forkey Doe sah beraksi bersama The Red Warriors (TRW) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.
Turut memperkuat barisan Juara Treble 2012 ialah bekas pemain Middlesbrough dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky serta bekas pemain Kedah dan Felda United, Amar Rohaidan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemilihan semula Ghaddar berdasarkan keupayaannya menjaringkan gol ketika bersama Kelantan sebelum ini.
“Sebenarnya Kafa mendapat banyak pandangan mengenai pemilihan pemain import musim 2014, kita hargai namun kita perlu memilih seorang pemain yang boleh menjaringkan gol kerana dalam perlawanan walaupun kita menguasai permainan dan gagal menjaringkan gol ia tidak menjamin kemenangan buat pasukan.
“Meledak 21 gol ketika bersama Kelantan sebelum ini membuktikan Ghaddar pilihan tepat selain corak permainannya sudah serasi dengan rakan sepasukan,” katanya pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan 2014, di ibu negara, semalam.
Mengenai Forkey Doe, Annuar percaya gandingannya bersama Ghaddar mampu memastikan gawang pasukan lawan dibocori setiap kali mereka beraksi.
“Forkey Doe membuktikan kewibawaannya selaku pemilik kasut emas 2012 dan gandingannya bersama Ghaddar pastinya memberi ancaman kepada pertahanan lawan. “Forkey Doe, Ghaddar dan Shawky pernah bermain di satu kelab terkenal di Timur Tengah, Al Ahly. Kita tunggu mereka beraksi yang pastinya akan menghangatkan saingan musim depan,” katanya.
Pada majlis sama Kafa turut memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya, Brendan Gan, Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam dan Nazri Ahmad. Annuar berkata, secara keseluruhannya 18 pemain TRW 2013 berhijrah ke pasukan lain.
“Kita akui ramai pemain tonggak utama berhijrah. Namun semua itu satu cabaran buat Kafa untuk meneruskan kecemerlangan walaupun diakui skuad kali ini dibarisi pemain muda.
“Kafa adalah gedung melahirkan bintang, ambil pemain yang tiada nama sehinggalah dibentuk menjadi seorang bermain berkualiti, semua orang tahu perkara ini dan kita seharusnya berbangga dengan apa yang dilakukan,” katanya.
sumber berita- www.sinarharian.com.my

KAMERA TERSEMBUNYI DIBILIK MANDI HOTEL,HATI2


Berhati-hati apabila anda menginap di hotel, kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. 

Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.

Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu.




Jangan biarkan diri anda menjadi terkenal di dalam laman web lucah.jadi berhati-hatilah selalu.

sumber.zamzarinazambri.blogspot

Rabu, 20 November 2013

KURMA DAN KHASIATNYA


Assalamualaikum.....Buah kurma mempunyai zat besi yang tinggi dan ianya sangat diperlukan oleh tubuh kecuali pada pesakit buah pinggang.Memberi buah kurma pada pesakit buah pinggang akan menjadi penyakit semakin parah.Wanita lepas bersalin elok memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kekurangan darah.Pesakit talasemia juga tidak dicadangkan memakan buah kurma kerana penyakit itu juga disebabkan lebihan zat besi.Bagi ibu-ibu yang mengandung juga elok mengamalkan memakan kurma supaya memudahkan proses kelahiran.
Pernah anda mendengar istilah Asidosis?keadaan dimana didalam tubuh terlalu berasid.kurma adalah satunya buah yang bersifat alkali dan dapat membersihkan tubuh daripada asid yang berlebihan.
Bagi orang sehat,kurangkan nasi dan gantikan kurma dalam diet harian terbukti meningkatkan tenaga,jangan lupa makan 7biji kurma sehari,mudah-mudahan terhindar dari serangan jantung...insyaallah,,,Wasallam.

Isnin, 18 November 2013

PERNAFASAN & STRESS



Assalamualaikum...Bermulanya kehidupan dengan pernafasan dan berakhirnya kehidupan juga dengan pernafasan.Belajar bernafas dalam-dalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan seperti orang yang melepaskan asap rokok akan membantu tubuh yang kurang oksigen.Apabila oksigen kurang,tubuh akan mengalami ketegangan yang mengakibatkan STRESS.

Ini kerana orang yang stress akan lebih parah kerana mereka lebih cenderung untuk bernafas pendek-pendek.tekanan demi tekanan menjadikan hidup tidak ceria dan gembira seperti di zaman kanak-kanak dahulu.

Percayakah anda bahawa masalah itu hanya berada pada hujung nafas anda jika anda berlatih untuk bernafas panjang-panjang,semua masalah akan dilarutkan dalam hormon gembira setiap masa.berenang juga boleh memanjangkan nafas anda,sesekali pergilah berenang di sungai atau di laut...insyaallah.Wasallam.

http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar

PRODUK HERBA KELUARAN HPA

PRODUK KELUARAN HPA

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun temurun lagi, pemakanan herba telah menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan. hidup sihat beasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersial. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries sdn bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA
  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
    dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Menggunakan 100% herba.
  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  • Tidak mengandungi Steroid.
  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.
  • Melepasi ujian had Mikrob.
  • Melepasi ujian had kecairan.
  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
  • Gunakan tanpa was-was.
PRODUK HERBA HPA
Coscinium PlusSpirulinaHerba PelawasHerba Tuju AnginMalac
Omega-3 SoftgelHabbatus Sauda
Softgel
Paramaria PlusPlantisolRoselle
Garlic OilRadix KapsulVitexHerba KeputihanArdisia
CurcuminD'CampucaFicusKapsul Sireh PlusHerba Jawi
Radix Kopi PracampuranRadix KokoRadix DietTeh Herba
Set BersalinMinyak But-But

PRODUK KEGUNAAN HARIAN HPA
Cecair Pencuci PakaianBedak Talkum Wanita (MBK)Minyak ZaitunMadu Asli
Ubat Gigi HerbaSabun BayiSyampu Rossa

 “Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”
Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

Jumaat, 15 November 2013

BORANG PENYERTAAN BALING MTB 2014

                                                        

BALING MTB JAMBOREE 2014




                                      KELAB BERBASIKAL BAYU BALING ( BCC ) 

                                       1.RIZUAN MUSA                     019  5959881
                                       2.KOPERAL LATIF                    013  4334002
                                       3.CG AZIS                                  019 4209795
                                       4.TARMIZI                                 017  4309194
                                       5. FAIZAL                                   019  4794679
                                 6.MOHD RAFIL( ABG MAT )  019 4244693/ 04 4766452

                                       e mail : balingmtbjamboree2014@yahoo.com
                                                face book : Baling Mtb Jamboree
                                      Masa Hubungi : 8.00 pagi - 11.00 malam sahaja
                                            tarikh tutup penyertaan 23 januari 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...