Sabtu, 31 Mei 2014
30 PERTAMA DALAM ISLAM
Assalamualaikum....sekadar perkongsian untuk sahabat semua,semuga ianya memberi manfaat untuk kita semua.
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM | Wajib Baca !!! | Kalau anak tanya, orang pertama cipta telefon? Kita akan boleh jawab Alexander Graham Bell.. Org pertama tulis bismillah ?????? Anak kalau tanya susah nak jawab.. jadi simpan nota perkongsian ini dan kongsikan....
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah x SHARE sebab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH... Jom share !!! sebarkan.... Ni pun ilmu jgk...wasallam
Rujukan- http://bm.harakahdaily.net
Jumaat, 23 Mei 2014
KANSER SERVIKS
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Apakah itu kanser servik?
-
Kanser pangkal rahim.
- Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
- Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
-
Ia boleh terbahagi kepada :
-
Peringkat awal
- Berlaku di sekitar servik
-
Peringkat lewat
- Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
- seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
-
Peringkat awal
- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
ALAT UJIAN KANSER SERVIK (PAP SMEAR) |
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.
TANDA-TANDA KANSER PADA SERVIKS |
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
- Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid
- Sakit
-
Kehadiran darah beku
- Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
- Sakit semasa hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
- Berbau
- Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
-
Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
- Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
- Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
- Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
- Full blood count
- Liver function test
- Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
KANSER YANG TELAH DI BUANG |
KANSER PADA TAHAP YANG TERUK |
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
UJIAN MENGESAN KANSER (PAP SMEAR) |
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
- Mencegah lebih baik dari merawat.
- Amalkan cara hidup yang sihat.
- Setia pada pasangan anda.
- Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
- Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
- rujukan-http://myservik.gov.my/index.php
Sabtu, 10 Mei 2014
IBU.....RATU HATI KU
gambar-iluv islam.com |
Assalamualaikum...........Sana sini orang sibuk pasal hari ibu,bagi saya hari-hari hari Ibu,di sini saya kongsikan satu lagu.Lagu dari Warisan-Jasa Bonda
Am
Kau di buai Mimpi dia Jaga
G Am
Kau bersenang dia bekerja
Am G
Untuk mu tiada terbatas
G Am
Memberi tak minta dibalas
Am G / F
Ingin dibinanya untuk mu
Am
Kehidupan yang sempurna
Am G
Punya kekuatan jiwa
Am
Punyai maruah
Am
Leterannya dari rasa luhur
G Am
Menegur sebelum terlanjur
Am G
Itulah yang diwarisi
G Am
Pesan ibu terpahat di hati
Am F
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Am
Untuk kebaikan
Am G
Marah bukan kebencian
Am
Tapi tanda sayang
Am G
Engkau semakin dewasa
G Am
Berjiwa merdeka
Am G
Sedang dia semakin tua
G Am
Membilang usia
Am F
Di saat kau berjaya
F Am
Dia tiada berdaya
Am G
Semoga kau tak lupa
Am
Jasa bonda
Seorang Ibu, adalah dia yang mengerti apa tidak seorang anak katakan. Dan terima kasih untuk semua itu.
Jika saya tidak pernah mengucapkan terima kasih karena telah membawa saya ke dunia, saya ingin melakukan itu sekarang. Terima kasih, Selamat Hari Ibu
Jika ada hari untuk segala sesuatu yang telah diberikan Ibu kepada saya sebagai seorang ibu, itu akan menjadi Hari Ibu setiap hari.
Menjadi seorang ibu penuh waktu adalah salah satu pekerjaan bergaji tertinggi. kerana pembayaran adalah cinta murni.
WASALLAM.......
Khamis, 1 Mei 2014
ASAL USUL AZAN
Hadith:
Dari Abdullah bin Umar katanya:Adalah kaum muslimin ketika baru sampai
di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada
cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang
cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng
seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet
seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a: Bukankah lebih
baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu
sembahyang? Bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Bilal, pergilah dan ajaklah
orang-orang bersembahyang.
Huraian Hadith:
Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak
timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara
berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam
sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka
untuk menunaikan solat pada waktunya. Al maklum setiap orang mempunyai
potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing
disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.
Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan
bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua
orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang
diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada
usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang
yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap
masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua
orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan
yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya
kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa
Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin
untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi
melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang
itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng
itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja.
Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa
dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk
menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku
ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata
lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar,
Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w
dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda:
"Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan
ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan
azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku
pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami
pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah
s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk
tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)