Halaman

Jumaat, 17 Januari 2014

AKUPUNTUR DAN KEBAIKANNYA

Assalamualaikum.....sekadar berkongsi maklumat,mungkin ada yang rasa takut nak cuba,saya dah cuba dan kesannya Alhamdulillah...
Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Titik Akupuntur
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis.Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.


Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologisakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini keranarawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden. Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelesaian bagi merawat sesuatu penyakit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...