Isnin, 7 April 2014
MENJAUHI AMALAN SYIRIK
Apakah pengertian Syirik
Syirik (kalimah yang berasal dari bahasa Arab, "Syaraka" bermaksud sekutu) adalah konsep dalam islam untuk merujuk pada aktiviti atau perbuatan yang mempersekutukan Tuhan (Allah SWT).Aktiviti atau perbuatan ini sendiri memiliki lawan yakni konsep Tauhid yakni konsep Islam untuk Keesaan Tuhan.
Dari Abu MusaAsy'ari RA,beliau berkata bahawa,suatu hari Rasulullah Saw berkhutbah di hadapan kita seraya bersabda,"Wahai sekelian manusia,takutlah kalian kepada syirik kerana syirik itu lebih lembut dari semut".Kemudian berkatalah seseorang kepada Baginda,"Bagaimana kita berhati-hati kepadanya wahai Rasulullah,sementara ia lebih lembut dari semut?".Rasulullah SAW bersabda,Katakanlah ....."Aku berlindung dengan Allah dari melakukan kesyirikan dengan sesuatu yang aku ketahui dan dengan sesuatu yang tidak aku ketahui".
(HR Ahmad dan Thabarani,juga diriwayatkan oleh Abu Ya'la sebagaimana hadis tadi dari Khuzaifah,
hanya sahaya Khuzaifah berkata Rasulullah SAW membaca 3 kali).
Pintu kesyirikan bermula dari kejahilan yang mendalam tentang agama.Lantaran itu,mudahlah para syaitan melakukan tipudayanya dari segenap penjuru,sementara pintu kedua pula ialah cepat merasa
takjub pada seseorang disebabkan sesuatu kelebihan sehinggakan pandangan hati dan akal menjadi beku dan melulu.
Rahsianya untuk bebas dari belitan syaitan ialah:
1-Berpegang teguh dengan Al-Quran,Al-Hadis serta ijmak ulamak yang ikhlas berjuang menegakkan tuntutan agama berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah,meskipun murid mereka hanya seorang sahaja.
2-Mujahadah,ertinya bersungguh-sungguh pada jalan Allah dengan mempertahankan kesucian dan
kemurnian Islam daripada ancaman fitnah dan kesyirikan.
Berkata Anas bin Malik,menurut riwayat Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya : "seorang dari penghuni neraka akan ditanya dihari kiamat,Apakah sekiranya engkau
mempunyai sesuatu di bumi engkau akan tebuskan milikmu itu bagi dirimu? Ia menjawab "Ya"
Lalu Allah berfirman kepadanya,"Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang sangat kecil dan lebih ringan daripada itu,takkala engkau masih berada di kandungan ayahmu Adam,ialah bahawa engkau
tidak menyekutukan sesuatu kepadaku,tetapi engkau enggan berbuat selain bersyirik."(Bukhari & Muslim).
Ada pula dikalangan orang Islam yang menggunakan ayat Al-Quran atau zikrullah untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa.Maka adalah sangat dibimbangi amalan tersebut merupakan
sihir dan tipuan dari syaitan (ghurur).Ada pendapat yang menyatakan bahawa berlakunya sesuatu
yang luar biasa itu hanya melalui perantaraan jin yang dinamakan Khadam.
Bagi menjaga serta memelihara akidah agar selamat,maka seluruh umat Islam semestinya meninggalkan amalan sebegini atas hujah bahawa perkara sebegini tidak berlaku pada zaman
Rasulullah SAW dan generasi para sahabat R.A.
Jadi bagaimanakah kita boleh menyatakan bahawa amalan-amalan ini adalah berpunca dari sesuatu yang benar dan sahih?
"Dalam Islam,jika sesuatu yang neutral (atau mubah/harus) itu menjadi sebab utama kepada syirik,
ia turut akan diharamkan sebagai "Sadd az-zara'i"(kaedah islam iaitu menutup segala ruang(pintu ) yang membawa kepada kemungkinan berlaku syirik.).
sumber;Inilah Pegangan Kami
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ha...
Catat Ulasan