Halaman

Ahad, 13 Julai 2014

CARA MUAT TURUN YOU TUBE TANPA SOFTWARE


Cara Mudah Download Video Youtube Tanpa Software, Tanpa IDM selain Keepvid.

Assalamualaikum....Sekadar perkongsian maklumat yang dipetik dari http://www.thesarawakpost.com

YouTube adalah salah satu laman web yang membolehkan kita menonton video yang dimuatnaik oleh pengguna YouTube seluruh dunia. YouTube membolehkan seseorang untuk memuaturun, menonton, dan berkongsi video.



youtube logo



Video yang terdapat di laman web YouTube boleh dimuat turun secara percuma. Banyak alat/software yang digunakan untuk memuat turun video dari YouTube salah satu yang paling popular ialah IDM (Internet Download Manager). Tapi bagi pengguna yang belum mempunyai software IDM karana belum memuat turun software tersebut, anda boleh memuat turun video melalui artikel kami Cara Muat Turun Video YouTube Tanpa Software ini.

Langkah Memuat turun Video YouTube :



  • Kunjungi laman web YouTube
  • Pilih video yang ingin di download
  • Setelah itu, perhatikan pada bahagian address bar (lihat gambar bawah), copy/salin semua url yang ada dengan cara Klik Kanan lalu pilih Copy atau boleh dilakukan juga dengan menekan tombol keyboard Ctrl + C
  • Pastekan/letak kode yang telah di copy/salin ke kotak yang tersedia dibawah ini

Copy Url Video Youtube
    KLIK SINI
    Contoh : http://www.youtube.com/watch?v=BjcRwSJVP2A 
  • Kemudian klik Download
  • Akan terbuka halaman baru, pada bahagian kanan tersedia berbagai format yang boleh kita muat turun dari video tersebut. Klik pada salah satu format video yang diinginkan,
    pilih format video yang diinginkan
     
  • Setelah itu, akan muncul kotak dialog untuk memuat turun video. Pilih tulisan Save File lalu klik OK
    download video dengan menekan tombol OK
Sila tunggu beberapa saat sampai video dimuat turun dengan sempurna.** Kelajuan mengikut koata internet anda. 

Wasallam..semuga bermanfaat..

http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar

Rabu, 9 Julai 2014

KENCING MANIS



Orang yang mengidap sakit kencing manis ,tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan pemintaan. Bagitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.
Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin,walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya sesaorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudianya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja,tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana penaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastic untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.



Kencing Manis yang serious memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.
Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak ,mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan member kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang,melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula,beras,santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan ,herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah


http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar

Selasa, 8 Julai 2014

PERISTIWA SEJARAH DI BULAN RAMADHAN


 Assalamualaikum...Kita dah memasuki hari kesepuluh ramadhan,Alhamdulillah...Disina saya ingin kongsikan antara peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan ramadhan ini.

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya :

Bulan Diturunkan Al-Kitab
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Peristiwa Peperangan Badar
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal
lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.”

 
Gambar;www.biayaumroh.com


Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W Ke Tabuk
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
Ini antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan yang untuk mengetahuinya memerlukan labih pembacaan buku-buku sejarah atau kitab-kitab sirah. Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita meningkatkan amalan kita dengan mengambil semangat dari kisah2 nabi dan para sahabat yang berjuang mempertahankan Islam di dalam keadaan mereka berpuasa, menahan lapar dahaga, tidak lain, semata-mata mencari keredhaan Allah. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya,semuga bermanfaat untuk kita semua.Wasallam...
SUMBER :
Ibnu Mohamad Rabeh
Unit Biah Solehah (PMRAM)
 http://wanfauzi.com/peristiwa-sejarah-bulan-ramadhan/

http://tonexpress.com/khairulamizi?buka=daftar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...