Halaman

Rabu, 16 Januari 2013

RADIX





RADIX® telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran.Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah RADIX® itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

RADIX® mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak.Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan KOPI RADIX® ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari.

Apakah itu RADIX ® ?
RADIX® ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. RADIX® terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Halban, Larak, Teja Lawang, Tebu Gajah Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai RADIX®.

Kenapa memilih akar/RADIX® ?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api dan Angin.

Mekanisme tindakan RADIX® dalam tubuh.
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad,Pengarah Urusan HPA merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah,bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...