Halaman

Sabtu, 15 Disember 2012

AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Gambar-suplemensemulajadi.blogspot.com


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Jumaat, 14 Disember 2012

MAAF MEMAAFKAN AMALAN KITA



         Fitrah Insani
Setiap orang mudah melakukan kesalahan. Tidak kira kesalahan itu kecil atau besar, seorang manusia lebih-lebih lagi seorang remaja akan mudah membuat kesilapan dalam bertatih di alam kehidupan ini. Sedar tidak sedar, jika dikira satu persatu kesalahan yang kita lakukan, boleh kalah ketebalan yellow pages. Bahkan boleh dilistkan dan dikategorikan kesalahan kita, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam… setiap detik mungkin.

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.
Itulah manusia, mudah terpikat dengan hawa nafsu dan tak lari daripada maksiat.

Kisah Agung Antara 2 Sahabat
Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran “wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah Rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada Rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah Rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.
Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya “Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.
Abu Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu pada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata “Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.
Apakah yang berlaku selepas itu ? Anda teka…
Nilai Agung Pada 2 Sahabat
Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan.
Lihat ukhuwwah yang terjalin dan nilai akhlak pada Bilal r.a dan Abu Zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri Abu Zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya Bilal r.a, walaupun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya.
Warna-warni Hari Ini
Kita lihat bukan sahaja orang yang melakukan kesalahan sahaja tidak prihatin untuk meminta maaf jika berbuat kesalahan. Lebih menyedihkan lagi, kita sendiri pun sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bila ditegur dan dinasihati orang yang berbuat salah, tanpa ada rasa kasih dan sayang di dalam diri kita. Hampir semua keburukan orang yang bersalah menyilau di mata kita, tanpa berfikiran positif dan optimis.
Nikmat Ukhuwwah Bukan Saja-saja
Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, cepat-cepat meminta maaf. Akui kesalahan dan azamkan tidak akan diulang. Juga buat mereka yang ada yang melakukan kesalahan padanya, rendah diri dan maafkanlah dia. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas dan berkehendak sahaja akan Allah ganjari.
Rahsia seorang sahabat kepada Abdullah bin Umar r.a ketika mencari kelebihan seorang sahabat yang Rasulullah sebut jaminan syurga padanya.
“Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”
Mohonlah kemaafan pada mereka yang kita lakukan kesalahan dan sudilah memaafkan orang lain sebelum Allah  tarik nikmat-nikmatnya yang lain.

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN


Aku berada di bilik pemeriksaan ibu mengandung. Sambil melihat Dr. Ush menulis, aku pun buka mulut. `Dr, semua ibu mengandung akan ada kesan kulit tertarik (stretch mark) ke?
Doktor menjawab  ” Tak. Bukan semua ibu mengandung mesti ada parut macam tu. Ada yang tak ada. Awak tak tahu ke yang kita boleh elak stretch mark dengan olive oil? Kalau pun awak tak mengandung, pada mana-mana tempat di kulit yang ada kesan stretch mark, awak boleh sapu olive oil.  You know,kalau awak makan 1 sudu kecil olive oil setiap hari, awak boleh elak kanser dan macam-macam penyakit. Saya sendiri dah guna minyak tu untuk hilangkan parut bakar (burn) saya”.
Wah. Aku semacam dalam kekaguman. Ada benda semulajadi yang boleh buat keajaiban sehebat itu. Dengan itu, pencarianku bermula, dengan satu persoalan dalam fikiran. Apakah rahsia minyak zaitun ni?  Tambahan lagi, dalam buku-buku pun ada sebut pasal buah zaitun.
Sejarah mencatatkan,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja
Setelah dikaji, memanglah olive oil ini satu benda yang menakjubkan!
Sedikit sejarah, sejak zaman Adam dan Hawa, zaiton ini telah dilambangkan sebagai  satu cara mencari Tuhan melalui perubatan herba secara getaran (vibrational herbal medicine). Sememangnya berdasarkan kajian, tenaga yang ada dalam minyak ini, akan bertambah jika kita menggunakannya dengan cara mengurut betul- betul seperti yang dikatakan Muhammad (s.a.w).
Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease) .
Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
  • Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
  • Kuatkan rambut rapuh
(cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
  • Sebagai bahan utama kecantikan kulit
(cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-          dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-          kulit cantik dan halus
  • Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
  • Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
  • Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up)
Dan banyak lagi.
Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.
Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!

Hasil nukilan : Yasmin Mohamed Yusof. Merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Malaya

BEKAM (HIJAMAH), SUNNAH RASULULLAH S.A.W




Assalamualaikum..........Bekam atau hijamah adalah teknik rawatan dengan kaedah membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Perkataan Al-Hijamah berasal dari istilah bahasa Arab: ‘Hijama’ (حجامة) yang bermaksud pelepasan darah kotor. Dalam bahasa Inggeris, ia disebut ‘cupping’, dan dalam bahasa Melayu, ia dikenali dengan istilah ‘bekam’.
Disebutkan bahawa bekam bekerja dengan cara merangsang atau mengaktifkan :
1. Sistem kekebalan tubuh;
2. Pengeluaran Enkefalin;
3. Pelepasan neurotransmitter;
4. Penyempitan dan pelebaran pembuluh darah; serta
5. “the gates for pain” pada Sistem Saraf Pusat (CNS) yang berfungsi memberikan rasa nyilu.
Berbekam merupakan kaedah rawatan klasik yang telah digunakan dalam merawati berbagai jenis penyakit seperti hemophilia, hipertensi, gout, rheumatik arthritis, sakit belakang, migrain serta penyakit-penyakit umum yang lain, sama ada bersifat fizikal mahupun mental.
Bekam merupakan rawatan yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW, dalam hadis berikut: Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda : “Kesembuhan itu ada pada tiga hal: Dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas.” (HR Bukhari)

                                                           SEJARAH BEKAM
Hijamah/bekam/cupping dan banyak istilah lainnya sudah dikenali sejak zaman dulukala, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babylon, Mesir, Saba’ dan Iran. Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk tinggi.
Pada zaman China kuno, mereka menyebut hijamah sebagai ‘perawatan tanduk’ kerana tanduk digunakan menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada suatu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah dengan lahap. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh.
Seorang pakar herba, Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya ‘A Handbook of Prescriptions for Emergencies’ menggunakan tanduk haiwan untuk membekam / mengeluarkan bisul yang dipanggil teknik ‘jiaofa’. Semasa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk merawat paru-paru. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam (dikenal dengan istilah ‘Leech Therapy’) dan masih dipraktikkan secara meluas sehingga kini.
Hippocrates (460-377 SM), Celsus (53 SM-7 M), Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan kaedah pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk rawatan di zamannya. Dalam melakukan teknik rawatan tersebut, jumlah darah yang keluar cukup banyak, sehingga ramai pesakit pengsan. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Romawi, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan kebaikan berbekam.

                                                           JENIS BEKAM
Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering ini berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan ketidakselesaan urat-urat punggung kerana rheumatik, juga penyakit-penyakit penyebab ketidakselesaan punggung. Bekam kering baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah. Kulit yang dibekam akan tampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari.

Bekam Angin
 Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu mula-mula dengan melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat berbekam dan pam tangan untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksimum 9 minit, lalu dibuang darah kotornya.
Bekam Basah
Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih. Dan selama 3 jam setelah dibekam, kulit yang lebam itu tidak boleh disirami air. Jarak waktu pengulangan bekam pada tempat yang sama adalah 3 minggu saja.

                                                      WAKTU BERBEKAM
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa:”Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.” (HR Ahmad).
Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan: “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan.”
Wallahua’lam.
Titik Bekam Yang Diamalkan Nabi SAW

Jumaat, 7 Disember 2012

KAYUHAN SANTAI PAGI JUMAAT




Assalamualaikum....kayuhan santai pagi  jumaat sejauh 30km bersama isteri tersayang.

Khamis, 29 November 2012

RADIX,SERIBU KHASIAT....



Anda suka minum Kopi Radix? Ini ada rahsia
khasiat Kopi Radix yang ramai orang tak tahu.
Rahsia ini jangan disimpan tapi harus dikhabarkan kepada seramai mungkin orang yang anda kenal

1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak
menggunak

an bahan kimia methylene chloride tetapi
ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla)
yang bersifat antidot yakni penawar racun.

2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan
vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat
bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar
Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.

3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi
kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen)
yang lebih bersifat Antioksidan.

4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix
ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang
mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia).

5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar
Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan
dalam ramuan kopi radix.

6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan
kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus
dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.

7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma
tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica)
di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon
tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik
yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan
pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh
menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi
pracampuran lain dipasaran.

9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti
kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat
merangsang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang
mengawal kualiti tidur.

10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih
20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti
kalsium dan magnesium.

11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok
jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahua'lam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita
merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan
penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap
penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Khamis, 26 Julai 2012

KHASIAT GULA BATU


GULA BATU....Dan Manfaatnya utk MINUMAN BUKA PUASA

Bagi pankreas dan tubuh, gula batu mempunyai efek yang berbeza dengan gula pasir, Untuk mengkonversi gula batu menjadi gula darah, membutuhkan waktu yang sama yaitu sekitar 3 menit. Untuk mengubah gula darah menjadi tenaga, juga dibutuhkan waktu sekitar 3 minit.

Indeks Lelah pankreas juga jauh lebih rendah, yaitu +0,0005 Ini berarti lebih rendah 10.000 x dari gula pasir, Pankreas hampir tidak merasa lelah mengkonversi gula batu menjadi energi. Ini berarti gula batu masih merupakan karbohidrat kompleks yang sehat.
Dengan demikian, GULA BATU merupakan makanan yang jauh lebih sehat dari GULA PASIR. Pankreas yang normal mampu mengkonversi 6 sendok makan gula batu menjadi energi setiap hari atau kira-kira 60 gram.
Indeks Manfaat Gula Batu

Dengan menggunakan metoda Energi maka diperoleh Indeks Manfaat terhadap pankreas dari ketiga jenis gula yaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah. Gula pasir menghasilkan nilai NEGATIF, baik bagi tubuh maupun bagi pankreas, yang berarti merugikan bagi kesehatan. Gula batu dan gula merah memberikan hasil POSITIF bagi tubuh dan pankreas, yang berarti bermanfaat bagi kesehatan.
Gula pasir: Indeks Manfaat terhadap tubuh = -15, terhadap pankreas = -5.
Gula batu: Indeks Manfaat terhadap tubuh = +5, terhadap pankreas = +3.
Gula merah: Indeks Manfaat terhadap tubuh = +5, terhadap pankreas = +3.
Agar PANKREAS tidak kelelahan dan tetap sehat, sebaiknya kita lebih banyak mengkonsumsi gula merah dan gula batu yang masih merupakan karbohidrat kompleks yang sehat. Dengan mengkonsumsi banyak gula pasir yang merupakan karbohidrat sederhana yang tidak sehat, pankreas akan cepat lelah dan akibatnya akan sakit dan selanjutnya rusak. Selain itu juga akan menyebabkan KEGEMUKAN dan DIABETES. Selain itu, sebaiknya jangan mengkonsumsi gula secara berlebihan, sekalipun gula merah maupun gula batu, karena pankreas juga mempunyai batas kemampuan untuk mengkonversi gula menjadi energi.

SESEKALI MINUMLAH TEH DENGAN PEMANIS GULA BATU...
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SAHABAT......
 -SUMBER-Mufatis Datuk Widjaya


ANDA GASTRIK.....Cuba Herba Ni


KURMA ISRAEL...?

  


                                                   semak label sebelum beli

Rabu, 25 Julai 2012

PERJUANGAN HPA


1. PERUBATAN JAWI
“Herba Menuju Kecemerlangan”
· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi     berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu
1. Al-Qur’an dan Hadith.
2. Ilmu Perniagaan.
3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)
4. Perubatan JAWI
5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)
2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™
HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.
3. PENDIDIKAN
HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH

11 FAKTA TENTANG KOPI RADIX YANG PERLU ANDA TAHU


Kopi Radix
1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.
2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.
3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.
4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)
5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.
6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.
7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.
9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.
10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.
11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.
Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Selasa, 24 Julai 2012

AGENDA YAHUDI


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI sahabat!,Wasallam.

Sabtu, 21 Julai 2012

SEJUK MATA MEMANDANG


Assalamualaikum...............sejuk mata memandang,indahnya akhlak,baiknya budi,tingginya pekerti,moga2 kita semua dikurniakan wanita & gadis yang sebegini disekeliling kita.Wasallam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...